29 June 2010

Hepi Besday to me...

Hepi besday to me..sedar tak sedar usia aku sudah menjengah ke 27 tahun..sedikit masa lagi zaman remaja terpaksa aku tinggalkan untuk melangkah setapak lagi ke alam baru..ALAM DEWASA...Rasanya baru je  berusia 14 tahun dan memori daun pisang dimarahi oleh Encik Abah kerana result akhir tahun tidak begitu memberangsangkan masih segar berlegar-legar di serebrum aku....teruk kena marah dan esoknya aku dgr pakatan sulit Encik Abah dgn Puan Emak utk membeli seluar jeans Levis 501..ceh nk pujuk aku blk la tuh..hak..hak..


************************************************
Puan emak membuka album lama dan meniup debu2 yg melekat di celah2 album itu.. kami menuju disalah satu sudut ruang tamu dan cerita pun dimulai..baru aku tahu bahawasanya aku pernah duduk melepak di dalam "kantung" Puan Emak 10 bulan lamanya..tiada tanda2 untuk keluar sehinggakan Tuan Doktor terpaksa mencari jln supaya aku dipujuk untuk menjadi rakyat Malaysia yg berdaftar..

Aku masih ingat lagi dimana Puan Emak memujuk aku sambil mengurut perutnya seraya berkata " keluarlah sayang..sudah masanya lihat dunia luar"..tapi aku degil dan enggan kerana melepak didalam kantung Puan Emak jauh lagi best dibandingkan dgn duduk disuatu tempat yg dikenali sebagai DUNIA..Bagi aku duduk di kantung Puan emak ibarat duduk didalam hotel Burj Of Arab kat dubai..sehinggala pada suatu hari sedang asyik bermain tarzan menggunakan tali pusat sendiri,satu suara menjengah dilubang telinga aku..

oit!!! hang mahu duk brapa lama lagi dlm perut mak hang ni?makan tido,mkn tido..pg kluar tu, usha awek2 atau pergi main monopoli dgn abg2 dan akak2 hang tu..!!!

nilah burj of arab kalau korang nk tahu..mcm inilah aku duk dlm kantung mak aku..

***********************************************
Aku masih ingat lagi Puan Emak berjanji sekiranya aku keluar, aku akan dilayan seperti Yang Dipertuan Agong..aku akn dapat hadiah "besar punye" dimana hadiah tersebut menjadi rebutan dan idaman bagi Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Malaysia..Mula2 aku demand tetapi atas sebab perikemanusiaan melihat Puan Emak tidak dpt tidur meniarap dan sukar utk membuat senaman taici dipagi hari atas sebab perut sudah terlalu memboyot, akhirnya aku akur...

Akhirnya kami sama2 menandatangani perjanjian MOU di Operation Theatre..Perjanjian ini disaksikan oleh beberapa org doktor pakar dan mendapat liputan meluas media massa..ok itu aku tipu..waktu itu juga, aku tidak sabar mahu menatap muka Puan Emak dan Encik Abah yang sebelum ini dikhabarkan mirip pasangan Raj Kapoor dan Vyjayanthimala hero dan heroin filem Hindustan iaitu Sangam diera 1960an..


Wah..bahagia sungguh aku waktu itu..dengan lafaz bismillah, aku mengintai dulu sebelum melangkah keluar secara perlahan2 di celah-celah "pintu" keramat bg kaum ibu dan lagak seperti stuntman aku bolos saja dinding itu...jelas tergambar bagaimana kepala aku ditarik perlahan-lahan dan masih jelas kedengaran suara Puan Emak menjerit kesakitan..

"Push..push..sedikit saja lagi..dont give up..dan akhirnya.....

29 JUN 1983 hari selasa disubuh hari maka lahirlah seorang bayi comel yg masih belum diberi nama..aku bersyukur kerana dilahirkan didalam keluarga yg beragama islam daripada sepasang suami isteri yg sah ikatannya dr hukum syarak....bukan dilahirkan secara haram daripada sepasang suami isteri yg  tidak mempunyai status "halal"..aku disambut dgn 1001 perasaan..ada yg menangis, ada yg bersorak dan ada yg mengucap syukur alhamdulillah..aku diserahkan kpd Puan Emak untuk dipeluk dan itulah saat pertama kalinya aku dirangkul oleh seorang "malaikat" yg diamanahkan untuk menjaga aku kelak..disaat itu jugala buat pertama kalinya aku merasa tenang dan menikmati susu segar tanpa bahan pengawet daripada Puan emak.selang 20 minit kemudian, baru hendak layan blues, aku dipisahkan sementara drp pelukan Puan Emak untuk dibersihkan..aku meronta dan menangis kerana diambil oleh seorang misi yg tak berapa cun..hak..hak..

***********************************
Sebelum pulang, buat pertama kalinya aku menatap wajah hensem Encik Abah yg sedang mendukung aku utk diazankan..itonasi dan vibrato encik abah sungguh menakjubkan ketika melaungkan azan ditelinga aku..pitching sedikit lari tapi itu adalah perkara biasa...

***************************************************

Sejurus selepas itu, aku dibawa pulang kerumah baru..kepulangan aku disambut dgn penuh istiadat..paluan kompang kedengaran 100 meter dari parking kete..karpet merah dihamparkan dan bunga manggar diletakkan disepanjang jln..didalam rumah masing2 mahu memegang aku..ada yg mahu mendukung aku...ada yg memberi aku ciuman dari pipi sampailah ke dahi..ada yg memuji aku dan tidak kurang juga mengkritik aku mengatakan wajah aku buruk mcm monyet..bedebah punye manusia..aku tahu itu angkara siapa..nasib baik Puan emak dan Encik Abah back up aku blk.."beselah..budak baru lahir mmg mcm tu.." dan lagi teruk sampai aku nk cuci berak pun ada org nk tgk..terlalu besar pemerhatian dan keprihatinan mereka semua.oh..sungguh terharu sekali..

Akhirnya aku menuntut hadiah "besar punye" dari Puan emak yg telah berjanji kpd aku sewaktu masih dlm kantung..aku bercakap menggunakan bahasa baby dan Puan Emak seakan-akan memahaminya..nah ini lah hadiahnya..

Sekeping surat beranak..

Maka akhirnya dgn rasminya aku menjadi rakyat Malaysia yg berdaftar..one Malaysia..wawasan 2020..

******************************************

Dan hari ini, 29 Jun 2010, sekali lagi aku diberi peluang drp Yang Maha Esa untuk hidup..aku diberi peluang untuk mengatur hidup aku sendiri dan sebelum aku mengakhiri entri ini, aku nk ucapkan jutaan terima kasih kpd kawan2 yg sempat wish besday kt aku dlm Fesbuk..koranglah kawan aku dunia akhirat..Thanks to Mak Abah kerana menjaga dan membesarkan aku sehinggalah aku menjadi insan yg berguna sekarang..jasa kalian berdua tidak dapat dibalas kerana tanpa kalian, aku mungkin tidak merasa hidup didunia ini..

Kesimpulannya: Hepi besday to me..MOHD RUZAINI BIN HASHIM..


20 comments:

Ren said...

selamat hari jadi bro! semoga panjang umor dan dimurahkan rejeki!

Pencacai Alim said...

thanks janggel.. :)

Unknown said...

hahahha..kelako la cara awk cite dlm nih..bagus2..

Pencacai Alim said...

Sekadar merepek shj..hukhuk..

Anonymous said...

very creative story... good job!!

Pencacai Alim said...

Biasala merapu sekali sekala..hakhak..

Isma said...

woot woot happy belated birthday..terlambat lak wish..haha.May yr dreams come tru :)

Pencacai Alim said...

isma:hak2..thanks..:)

WanieShifu said...

hepi bufday!!
:)

Yuni Aisyah said...

penulisan yg menarik..good job bro...=)

hepi besday ye...smg dipnjngkn usia dn diberkati hidup oleh-NYA..

Illiana Hidayah said...

nk wish gakla..
heppy besday even dah belated kannn... hehehe....

Pencacai Alim said...

Thanks to all yg wish besday aku.... :)

angloko said...

Blog walking.. hepy birthday bro.. mmg best karangan citer ni cam baca novel lak..;p

Dilla Kim FHKD said...

selamat hari lahir... sy dh folo =)

i'm shin... i'm inesen said...

hepi besday ek.. so.. sampai skrg ker org ramai nengok ko kencing berak??

Pencacai Alim said...

i'm shin

Hakhak..kalau skrg nk tgk juga mmg mkn buku lali la..huhu

Unknown said...

hepi belated bezday...

Pencacai Alim said...

edy

Thanks bro :)

!!~miss kawaii~!! said...

tua suda...
hekkk... :pp

Unknown said...

awak awak... selamat hari jadi.. sorry lambat wish.. :) sebab baru bace entry nie.. hahaha.. may GOD bless you always.. okay?.. :)wish you all the besh.. take care.. :D

Ahli Kabinet