03 July 2010

Apa sudah jadi dgn filem kita?

Bangga aku sbb Jerman "mengayamkan" Argentina 4-0 malam tadi..tahniah takziahlah kpd penyokong Argentina..hakhak..Mungkin ada hikmahnya kenapa Argentina jadi "sayur kangkung" mlm tadi. Cuba korang bayangkan jika Argentina menang dan masuk final pastu menang lagi and Diego Maradonna berjanji akan lari bogel..OMG!!! burung tekukur kalau tgk blh jatuh terguling-guling dan hilang ingatan terus serta lupa identiti sendiri..Pasni Messi blehla cari modal buka bisnes Char Kuew Teow kat kg halaman..T_T


masih ingat tak korang ada seorang seekor sotong kurita dianggap pawang oleh mat2 saleh kat sana sbb blh meramalkan pasukan mana yg akan menang..Lagi best setiap ramalan yg dibuat oleh Encik sotong tepat belaka sehinggala baru2 ni meramalkan Jerman akan menang dan sungguh  TEPAT sekali ramalan Encik Sotong tuh..tapi AWAS!!!  

Org islam jangan percaya dgn kepercayaan karut ini sbb samada percaya atau main2 suka percaya adalah perbuatan khurafat dan solat tidak diterima Allah selama 40 hari..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.”  Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim...

Firman Allah SWT: " Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." Surah Al Maidah ayat 90
 VS


Tamat kat situ.....tak perlu ulas panjang2..

*****************************************************

Entri kali ini bukanlah nk berbicara berkenaan dgn German vs Argentina tapi ada satu hal nk aku kongsi dgn pembaca2 blog aku ni..kali ni aku nk serius skit..ok jom kita mula berbicara..Balik dr joging pagi tadi, aku terbaca satu artikel berkenaan seorang pelakon islam yg suam-suam suku membuat kenyataan berikut :

Ya, memang saya berbogel - Arja Lee

Malas aku nk bermukadimah panjang2..bukan dpt duit pun..Nuffnang pon xde.. Aku nk start dr mana ek..? ok .ok dpt dh..Dengan lagak seperti seorang Tan Sri, aku mentedarah murtabak sambil membaca paper mingguan..tiba2 tak semena-mena terjumpa satu artikel yg bisa membuat aku memuntahkan blk segala jenis isi murtabak yg aku mkn tadi.. korang mesti nk tahu bnda apa yg aku baca tu kan?? Nah aku tulis blk beberapa temubual wartawan pacaindera tapi tak semua ok..kalu korang nk temubual penuh, korang pergi stesen minyak kuar duit RM2 pastu beli surat kabo mingguan dlm ruangan Pacaindera...

************************************************
Ish! Tak malu ke, boleh bogel mcm itu?
Memang malu. Lagipun bercanggah dgn norma masyarakat, saya pun org Islam, tahu hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat pula.Namun ia berbalik kpd niat dalam hati utk menyampaikan mesej positif. Saya mahu penonton tidak mengikuti jejak Ruby yang sanggup mengorbankan segala-galanya apabila menukar jantina dan tinggalkan keluarga hanya kerana cinta kpd kaum sejenis. Jangan buat mcm Ruby, itu mesej saya.

Dengar khabar terdapat satu lagi adegan panas, Betul ke?
Ya, adegen itu melibatkan aksi manja dgn Wan Raja yang memegang watak Ghaus. Ia dlm suasana romantik di tepi pantai sblm kami digambarkan melakukan hubungan seks di dalam khemah

Pendapat aku

1. Niat tidak menghalalkan cara..walaupon sekadar berlakon, tapi haram tetap haram.Disini Hukum Allah sedang dipermainkan.Sbg contoh: Seorang suami melihat isterinya dipeluk oleh lelaki lain walaupon sekadar di dalam filem, si suami akan di gelar dayus dan jauh dari rahmat serta keredhaan Allah..Tidak cium bau syurga..kalau bau pun tak blh nk cium apatah lagi nk masuk..Lu pikirla sendiri..

2. Niat pelakon untuk menyedarkan masyarakat yg hidup 2 alam ini supaya tidak terjebak dlm kancah Gay, tapi bagi aku bukan mcm ini caranya..Banyak lagi cara atau kaedah bersesuaian yg digariskan oleh Islam dalam membetulkan akidah umat Nabi Muhammad SAW..Inilah yg terdapat didalam filem baru Anu dlm botol..Pengarah seakan2 terdesak utk mencari rating tertinggi dgn menjual maruah, agama dan bangsa...

3. Jika anda mengakui beragama Islam dan tahu batas hukum halal haram, sepatutnya anda peka akan isu ini..haram tetap haram walaupon sekadar lakonan..inilah dikatakan nafsu mengawal iman..

4. Aku harap supaya semua yg terlibat dlm menjayakan filem ini bertaubat sebelum terlambat dan aku juga berharap supaya kementerian peka dgn isu yg boleh dikatakan sensitif ini.Ini Malaysia bukan Hollywood.Kita kaya dgn adat dan budaya yg tinggi..Jgnlah letak martabat kita sbg org yg beragama Islam sama dgn yahudi dan nasara laknatullah kerana Allah meletakkan org yg beragama Islam ini semulia2 umat dimuka bumi ini..

Allah SWT berfirman:


"Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)." (QS. an-Naml: 54-55)

Marilah kita sama2 berdoa supaya Allah tidak memalingkan hati kita

 "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. - Surah Ali Imran ayat 9

Kesimpulannya: Setiap sesuatu yg boleh menimbulkan fitnah kpd masyarakat secara umumnya, maka yg menimbulkan fitnah itu akan mendapat dosa dr Allah SWT..

9 comments:

Jay said...

betul2.. niat tidak menghalalkan cara... apa lah yang dorang cari atas dunia ni yea?

Pencacai Alim said...

betul2..keseronokan yg dicari..rosak akhlak tul..

Anonymous said...

ini kebetulan aje.....

Ren said...

Ya broo aku sokong Argentina kalah!! Kalau tak berbogellah si dona tu!! wakakaka.

iniAKU said...

nape x pnah tahu pon pasai nie >___<

Pencacai Alim said...

iniaku:

sbb tak bc paper pacaindera keluaran ahad bertarikh 4 Julai 2010..hakhak

Anonymous said...

betul2!!!
dasyat sgt la cite tue!
leh lak telanjang!!!
mental!!!

Fuz said...

ha, betul2. aku memang tak setuju pasal niat menghalalkan cara tu.

Anonymous said...

Yela,filem melayu ni diorang buat adegan lebih-lebih macam tu ingat dah standart hollywood kot bole box office tp standard lonkang....

Ahli Kabinet