Manusia kadang-kadang selalu berungut tetang apa yang ada dihadapannya sedangkan mereka ini langsung tidak tahu dan fikir apakah rungutan itu sebenarnya membawa kepada kebaikan atau keburukan.
Wahai sahabatku,
Janganlah mengeluh disebabkan panas.Jika tiada panas tidak akan rasa nikmat sejuk
Janganlah mengeluh disebabkan lapar kerana tiada lapar tidak akan rasa nikmat kenyang
Janganlah mengeluh disebabkan sakit kerana tanpa sakit kita tidak akan rasa nikmat sihat
Oleh itu belajarlah dan ambilla sebanyak mana ilmu agama dan jauhi perkara mungkar kerana tanpa ini kita tidak akan rasa nikmat dalam beribadat kepadaNya.
Janganlah mengeluh atau marah jika kamu ditimpa musibah kerana itu adalah kafarah Allah untuk kamu bagi menghapus akan dosa-dosa dan diganti dgn pahala.
Tanpa ilmu sia-sialah amalan kita..