08 June 2010

SURAT RASULULLAH SAW : PENGUSIR JIN DARI KEDIAMAN

SURAT RASULULLAH SAW
PENGUSIR JIN DARI KEDIAMAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini adalah surat daripada Muhammad Pesuruh Allah Tuhan Semesta Alam kepada yang datang ke rumah di kalangan Jin, penghuni dan pemgunjung kecuali yang datang mengunjung dengan baik. Adapun selepas itu...
Sesungguhnya terdapat bagi kami dan kamu kelapangan, sekiranya kamu amat mencintai dan menyukai atau kamu adal penjahat dan penceroboh atau kamu adalah pengembala yang melakukan perbuatan salah maka ini adalah sepucuk surat daripada Allah yang bercakap ke atas dan kamu dengan benar. 
< Sesungguhnya Kami akan menghapuskan apa sahaja yang kamu lakukan> 
< Dan utusan-utusan Kami (Malaikat) yang sentiasa berada di sisi mereka akan mencatat> apa yang mereka lakukan.

Tinggalkan pemilik surat ini dan pergilah kepada penyembah-penyembah berhala dan kepada sesiapa sahaja yang menyangka bahawasanya ada bersama Allah tuhan-tuhan yang lain. < Tiada Tuhan Kecuali Dia (Allah). Semuanya akan musnah kecuali zatNya (dan sifat-sifatNya) milikNya segala hukuman dan kepadaNya kamu akan dikembalikan.> Hamim mereka tidak akan diberi pertolongan < Hamim> Kamu akan ditewaskan . Hamim. Dan Kitab yang menjelaskan berpecah-becahlah musuh-musuh Allah dan telah sampai hujah Allah serta tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah < Maka Allah akan mencukupkan kamu (wahai Muhammad) daripada kejahatan mereka (musuh-musuh) dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.>

Kitab Rujukan:

Az- Tazkirah : Imam Al-Qurtubi
Dala Hul Nubuwwah : Imam Al- Baihaqi
Khazinatul Asrar :  Syeikh Muhammad Haqqi An-Nazili
Daru'ul Wiqayah : Syeikh Dr. Syyid Muhammad B. ' Alawi Al-Maliki Al- Hasani

No comments:

Ahli Kabinet