21 March 2010

Fakta yg Masuk Akal Juga..

1.Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh jumpa banyak ko*dom terpakai. (Ikut nafsu tak ingat dosa)

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan. (Sah dia lelaki normal tapi tak kawal boleh jadi bahaya besar)

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan. (Ambil tempurung gucuh mulut sebab mulut celupar cakap kotor)

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. \"Laksa kedah\" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita \"laksa mana ni?\" (Kesian budak pelayan restoran krem mulut jawab soalan-soalan bodoh)

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'b*bi queue' haram dimakan oleh orang Islam. (Tapi banyak juga orang islam makan kedai cina walau tahu tempat itu masak pakai periuk / wok / penggorengan yang dah digunakan masak daging babi)

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap c#bai kat depan orang tua-tua. (Budak-budak kita sekarang dah tak segan silu jadi siulan bibir sebut kata-kata kotor)

7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahuu sumbat dalam mulut. (What 2 say, orang kita sekarang tahu senang makan barang instant apalagi barang free main sambar dan telan saja)

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada. (Sudahkah anda perbaharui lesen?)

10. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

Kesimpulannya, tak semua yg cantik itu baik dan tak semua yg buruk itu teruk.

Chow cin chow

No comments:

Ahli Kabinet