10 June 2010

Kehebatan Seorang Suami

Baca dan selamilah yg tersurat dan tersirat dlm cerita dibawah…


 Seorang wanita yang sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus.Tapi, semua itu tak pernah dia perolehi.'Suami'nya jauh berbeza dari yang diharapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis telah mematahkan semua harapan dia terhadap cintanya. Suatu hari, dia beranikan diri untuk mengatakan keputusannya kepada 'suami'nya, bahawa dia inginkan penceraian. 

"Mengapa?"'suami'nya b'tanya dgn nada terkejut.
"Saya letih, awak tak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan si 'isteri' semakin bertambah, seseorang yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh diharapkan daripadanya? Dan akhirnya 'suami'nya bertanya.

"Apa yang Saya boleh lakukan untuk mengubah fikiran Awak?" si 'isteri' merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Saya ada 1 soalan, kalau Awak temui jawapannya didalam hati Saya, Saya akan
mengubah fikiran Saya; Seandainya, Saya menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Awak memanjat gunung2 itu, Awak akan mati. Apakah yang Awak akan lakukan untuk Saya?"

'Suami'nya termenung dan akhirnya berkata, "Saya akan memberikan jawapannya esok." Hati 'isteri'nya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, 'suami'nya tiada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi hotchoc hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Saya x akan m'ambil bunga itu untukmu, tapp izinkan Saya untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati si 'isteri'. Namun, dia masih terus ingin membacanya.

"Awak boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Saya harus memberikan jari-jari saya supaya boleh membantu Awak untuk memperbaiki program tersebut."

"Awak selalu lupa membawa kunci rumah ketika awak keluar, dan Saya harus memberikan kaki saya supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Awak ketika pulang."

"Awak suka jalan-jalan di shopping compleks tapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang awak kunjungi, Saya harus mencari Awak dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa awak pulang ke rumah."

"Awak selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' awak datang setiap bulan, dan Saya harus memberikan tangan saya untuk memicit dan mengurut kaki awak yang sengal itu."

"Awak lebih suka duduk di rumah, dan Saya selalu risau awak akan menjadi 'pelik'. Dan Saya harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Awak di rumah atau meminjamkan lidah Saya untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Saya alami."

"Awak selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Awak, Saya harus menjaga mata saya agar ketika kita tua nanti, Saya dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Saya akan memegang tangan Awak, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Saya takkan mengambil bunga itu untuk mati. Kerna, saya tak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian saya.

"Sayangku, Saya tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada saya mencintai Awak. Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Saya tidak cukup bagi awak, Saya tak akan menahan diri awak mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Awak."

Airmata si 'isteri' jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tapi dia tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Awak telah selesai membaca jawapan saya. Jika awak puas hati dengan semua jawapan ini, dan inginkan saya tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Saya sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Awak."

"Tapi, jika Awak tak puas hati, sayangku........biarkan Saya masuk untuk mengemaskan barang2 Saya, dan saya tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Saya bila Awak bahagia."

Si 'isteri' terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu dia segera berlari membukakan pintu dan melihat 'suami'nya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang coklat dan roti canai kesukaan 'isteri'nya. Kini dia tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai dia lebih dari 'suami'nya mencintai dirinya.
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

moralnya: cinta tak semestinya apa yang kita inginkan seseorang berikan pada kita, tapi apa yang sebenarnya diberikan oleh seseorang pada kita. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri sehingga kita lupa bahawa orang yang mencintai kita telah berkorban tuk membahagiakan kita. Bila kita kehilangan baru kita sedar akan kelebihan yang ada padanya. Selalulah berbincang dan semarak kan lagi cinta anda.

p/s: citer diatas bukan karangan atau idea aku..cerita ini diambil dari emel...harap maklum...

1 comment:

Jay said...

wah2.. sgt sweet!

Ahli Kabinet