31 July 2010

Tanggungjawab Lelaki


Tahukah kamu bahawasanya tanggungjawab yang digalas bagi seorang lelaki adalah cukup besar dan berat? kenapa ya?

Ok..itu adalah mukadimah aku untuk entri kali nih..takmo panjang2..straight to the point...Mai kita tgk satu-satu kenapa berat menjadi seorang lelaki?

Memikul Dosa

Seorang Lelaki bila sudah akil baligh akan menanggung semua dosa-dosanya dan apabila sudah berkahwin akan menanggung dosa-dosa isteri dan anak-anaknya.Sebab itu Allah meletakkan kuasa talak keatas orang lelaki..Bayangkan jika kuasa talak diletakkan keatas seorang perempuan? tak ke naya namanya..tiap2 hari akan ada kes cerai kerana kebanyakkan perempuan sukar mengendalikan emosinya ketika marah..

Oleh sebab itulah, jika orang lelaki mahu berkahwin, hangpa semua kena siap sedia dlm semua perkara..bukan sekadar cukup zahir dan batin shj..tetapi anda kena bersedia dari segi ilmu agama kerana hangpala yg akan mendidik isteri dan anak2 kelak..

Ilmu

Seorang suami yg tidak memberi didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya, di akhirat kelak mereka ini akan berpimping tangan utk masuk ke neraka Allah SWT..Sekarang ini kita dapat melihat kaum lelaki lebih cenderung mendidik isteri dan anak2nya kearah ilmu duniawi tetapi sukar utk memberi didikan ilmu akhirat..Ingatlah wahai kaum lelaki sekalian, Menuntut ilmu akhirat adalah tuntutan fardhu ain yakni wajib keatas sekalian umat manusia samada lelaki ataupun perempuan yg telah mukhallaf(cukup umur) dan mumayiz( berakal)..dan jika kamu enggan sedangkan kamu ini bukanlah dikalangan alim ulama, maka kamu adalah golongan FASIQ yakni derhaka kepada Allah..Orang fasiq ini, untuk menjadi wali nikah untuk anaknya pon haram melainkan waktu itu dia sudah bertaubat..bayangkan..

Nafkah

Seorang suami yg tidak memberi nafkah kpd isteri dan anak2nya, maka semua ibadat tidak diterima oleh Allah..nauzubillah..

Aurat

Satu perkara yg selalu diambil mudah oleh kaum lelaki..Aurat lelaki adalah dr pusat ke lutut, jadi WAJIB menutup aurat seperti mana yg telah ditetapkan mengikut hukum syarak walaupon bersama dgn ibu dan ayah..tapi sedihnya masih ada sebilangan hangpa semua tidak patuh akan hal tersebut..Memang diakui, penjagaan aurat lelaki tidak sesulit atau sesukar aurat perempuan, tetapi masih ada sebilangan hangpa tidak segan silu mempamerkan aurat masing2 dikhalayak ramai..Ambil contoh terdekat, bersukan..Islam menggalakkan bersukan, tetapi majoriti hangpa semua bersukan dgn mendedahkan aurat..sukan apa tu? hangpa boleh agak punye..dari mendapat pahala Allah akhirnya mendapat laknat dan celaan dr Allah..

Berbicara mengenai aurat ini mmg panjang tetapi apa yg hendak aku bgtau disini adalah, seseorang itu boleh mendedahkan auratnya hanya bersama dgn isterinya tanpa dapat dilihat oleh org lain termasuk dgn ahli keluarga dan ketika bersendirian..Selain drp itu HARAM..paham kan...

Ok disini aku mahu senaraikan 7 golongan yg akan mendapat perlindungan Arasy Allah drp kepanasan Matahari di Padang Masyar kelak..semoga kita beramal ok..

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sila klik disini utk mendapat detail tersebut..

Okla, aku takmo tulis panjang2 kerana jika hangpa semua ada inisiatif utk berubah, maka pergila berubah kerana Allah tidak akan mengubah akan sesuatu kaum itu jika mereka mahu megubah diri mereka terlebih dahulu..

Firman Allah SWT 

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.- Surah Ar-R'ad ayat 11

Kesimpulannya: Lu pikirla sendiri


18 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

tu la pasal..
sbb tu lelaki dpt lebey harta pembahagian menurut hukum faraidh.. erkkk~ Tetibe je.. ^_^

Pencacai Alim said...

betul2..sbb tgjawab kami ni berat dow..sebab tu Allah jadikan lelaki ini pemimpin dan khalifah selain pandai buat anak..hakhak..

-fickryhisham- said...


Aku sokong bab penjagaan aurat tue.

Contoh terdekat bola sepak :

Dengan tertayangnyer kepala lutut sama paha berbulu tue..

kan Haram hukumnyer tue.

Camner main nak dapat berkat dari Allah~

Kan?!

Ok. Guwa bukan ustaz. tapi sekadar nak menegakkan amal makruf mencegah nahi mungkar sahaja..

Guwa berpesan kat diri guwa jugak pasai tak semua insan perfect..

Tapi akan berusaha menjadi manusia yang hampir sempurna...

InsyaAllah~

Sekian.

Wassalam..

Pencacai Alim said...

fickryhisham:yezza..hang boleh baca khutbah jumaat nanti..bersukan kerana Allah adlah salah satu ciri manusia mndapat perlindungan arasy Allah kat akhirat yakni bertemu dan berpisah kerana Allah..tapi kalau dh mndedahkan aurat,bukan mndpt perlindungan tp celaan dan laknat Allah..

FaizalSulaiman said...

terima kasih bro!

kita yg masih kurang pengetahuan agama ini kena ambil tahu, kan?

:)

Pencacai Alim said...

Faizal Sulaiman

Yup..kita kenalah belajar ilmu2 ini sbg persediaan..

Mama JnJ said...

oke..
pasni nak kongsi kat hubby..dah pernah baca sebelum ini, tapi kena enhance lagi ilmu ni..nasib baik PA ingatkan lagi sekali..timakasih shring

sorensen said...

benar kan? kita selalu tegur perempuan psl aurat dorg je tp selalu terlepas pandang aurat sendiri. tapi pelik ye, pompuan jarang plak kte dgr tegur lelaki yg mendedahkan aurat.. terfikir jugak kenapa.. hehe!

Isma said...

if laki kate die tak ready to commit with any relationship boleh jadi x the reason is takut dengan one of the responsibilities yang ko listed down tu?

Uruchimaru @ kf said...

beratnye!

Illiana Hidayah said...

nk masuk korum gak..hehhe...
lelaki adalah insan yang padanya terletak segala kekuasaan, perintah dan sebagainya... gunakan "kuasa" tersebut ke jalan yang betul..
nak membetulkan tulang rusuk yg menyebabkan terciptanya isteri utk korang bukanlah mudah..hanya ilmu yg mampu membetulkan segalanya.. anyway..nice entry!

syaf said...

ow ok..aku pakai kain batik jer lah hari2...boley x

ngee

E.d.Y said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang mimikul...:(

Pencacai Alim said...

Syaf:

Allah tidak menilai pakaian seseorg tuh tapi menilai akan ilmu dan iman seseorg tuh..

iqbalsyarie said...

Mantap entry ni...straight kpd mesej.jelas~ya...mmg ada org yg hanya akan berubah slps kena marah..insyaAllah ada kebaikan drpd entry ni~!

Erm...lelaki pun free hair~ rambut di kepala lutut....
Latest post:Cerita Pangkor bahagian 1

E.d.Y said...

alamak...kat sini pun typo...memikul...sorry

She is f.A.z.A said...

byk maner laki yg btol2 bleh pikul tanggungjawab semua nih..(^_^)

Parkcheek Chun Li said...

akhirnya pakcik dpt juga menjenguk hang nye blog.....pakcik zaini....hahhahaaa...windu weh...kahkahakh

as usual, entry hang mmg pakcik suka baca....bgs sbb beri info yg ramai xtau pun.....

keep it up....

Ahli Kabinet