27 July 2010

Untungnya kaum hawa jika....

Salam satu Malaysia..Cop!!cop!! tak best..Pebarang One Malaysia..Assalamualaikum wbt..entri kali ini aku hendak merungkai satu kisah dimana seronoknya dan hebatnya menjadi makhluk yang bernama manusia berjantinakan "WANITA".. Jom kita tgk apa hebatnya menjadi insan bergelar wanita..best sangat ke?

Tapi sebelum tu, aku hendak memperjelaskan disini bahawa tiada niat sedikit pun nk mengaib atau menyindir kaum hawa..kalau mahu terima syukur alhamdulillah..kalau rasa terhina, jgn salahkan aku, sbb aku hanya menyampaikan shj..kalau marah juga, beerti samalah kamu memarahi Allah SWT..

*********************************
Tahukah kamu wahai kaum hawa bahawasanya, sayangnya Allah SWT terhadap kaum wanita sehingga meletakkan darjat kamu semua ini antara golongan mahkluknya paling senang masuk syurga..AWAS!!! jgn senang dulu atau berjoget2 dulu ye sebab kaum hawa juga paling senang masuk neraka.. Bukti??? Rujuk kisah isra' dan mikraj' Nabi Muhammad SAW..situ hangpa akan dpt jwpan tepat..

Ok..jom kita tengok apakah ciri-ciri tersebut:

Sabda Rasulullah SAW:

Wanita boleh masuk kedalam syurga mengikut mana-mana pintu yg dia suka sekiranya melakukan 4 perkara ini:
1. Memelihara solat 5 waktunya
2.Berpuasa Dibulan Ramadhan
3.Menutup Aurat
4.Taat kepada perintah suaminya..

Hah!!!nampak mudahkan, tapi silapla beb kalau hangpa pikir kacang je nk buat semua tuh..sebenarnya memang susah  hendak melakukan 4 perkara diatas unless hangpa semua memiliki iman yg sgt terpuji..insyallah 4 perkara tersebut boleh mnjadi mudah dgn izin Allah..ini adalah andaian yg aku buat sendiri tapi bukan FATWA ok..aku bukan ulama mujtahid yg boleh keluarkan fatwa..Ayuh kita rungkai one by one 4 perkara diatas kenapa aku ckp susah..

1. Memelihara Solat 5 waktu
- Bukan senang kita hendak memelihara solat ini..tak ramai yg boleh berbuat demikian..ambil cth terdekat sudah..aku malas nk kasi contoh byk2, sbb hangpa semua pon blh agak..tgk kat masjid sudah..brapa ramai yg solat berjemaah di masjid 5 waktu? kaum Adam jgn cepat gelak ok..Part ni pon aku nk tuju kat hangpa juga..bukan kaum wanita semata2..perempuan sunat je solat jemaah kat masjid tapi lebih afdhal solat dirumah..okla mari kita ambil purata dimana terdapat 80% wanita solat diawal waktu..tapi dari 80% tuh berapa kerat sgt yg memahami makna setiap bacaan dlm solat..belum part khusuk lagi tuh..Tapi jgn pikir org yg solat 5 waktu boleh masuk syurga..nop..nop..

Firman Allah SWT:
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang..(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya) _ Surah Al Maun ayat 4,5 & 6..

2. Berpuasa dibulan Ramadhan
- Yah..berpuasa ni tidaklah sesusah atau seberat solat..sebab ramai yg boleh berpuasa yakni menahan lapar dan dahaga sampai waktu maghrib..tapi adakah hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata? jgn lupa mata, telinga, mulut dan semua anggota kita pon kena berpuasa ye..hikhikhik..

3. Menutup Aurat
-Hah!! yg ni part paling susah bg kaum hawa..tak ramai yg paham maksud aurat sebenarnya..pulak dah..aku tutup aurat apa..pakai kain tudung warna warni..tak cukup lagi ke? hello!!! apa hangpa ingat pakai tudung tuh dh dikira tutup aurat ke? cmne lak yg pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek? tangan tuh bukan aurat ke? ada juga yg pakai kain tudung tapi pekena baju kurung kebaya..belum part pakai tudung tapi pakai seluar jeans ketat2 sampai nmpak punggung..bentuk badan bukan aurat ke? nak tahu tak, wanita solehah lebih afdal pakai purdah..jika wajahnya boleh menimbulkan fitnah kpd masyarakat atau boleh melalaikan kaum adam, maka WAJIB hukumnya memakai purdah dan baju labuh yg tidak nmpak tubuh badan spt dibawah...


4. Taat kepada Perintah Suami
- Wanita atau isteri wajib patuh dan taat kepada perintah suami selagi mana perbuatan suami itu tidak menyalahi hukum syarak kerana syurga kaum isteri terletak dibawah telapak kaki suami..tapi mana2 perempuan yg belum berkahwin maka wajib patuh dan taat kpd perintah Ibu bapa..Redha suami adalah redha Allah..Marah suami adalah marah Allah..Sayang suami adalah sayang Allah..so hangpa semua jgn buat pasai k..sbb once suami hangpa semua kecik hati atau terluka dgn perilaku hangpa semua, maka semua ibadat termasuk solat Allah buang ketepi..tak terima beb..mana tempat yg paling layak buat isteri durhaka? Neraka Jahanamla..Isteri hanya dibenarkan bermasam muka dgn suami hanya satu perkara shj..jika  mai bulan..itu dimaafkan oleh hukum syarak..sbb kalau pompuan mai dtg bulan ni, mood tak menentu..lihat adilkan islam...apart from dat, jgn ngengada nk tarik muka dpn suami sbb kes lupe nk beli cengcalok kt pasar minggu...

tapi, jika sebesar mana pon dosa isteri itu kpd suaminya, selagi mana tidak syirik kpd Allah, jika hangpa mati satgi, suami redha dan ampunkan semua kesalahan hangpa, insyallah chances nk masuk surga senang..

Ok..tapi hangpa jgn suka2 nk sakitkan hati suami pastu buat muka comel minta maaf..ingat hati manusia tiada siapa boleh menduga..perasaan lelaki dan wanita berbeza walaupon masing2 buang tebiat tukar jantina..ok selesai disitu..

So, amacam? ingat mudah ke nk masuk syurga? sbb tu syurga Allah ni mahal harganya..

Ok sebagai penutup, betapa "mudahnya" org pompuan nk masuk syurga, tapi kenapa masih ramai yg tidak peduli akan hal ni? wanita diakhirat kelak boleh memilih pintu syurga mana yg mereka mahu tapi adakah mudah bagi mereka? bagi org lelaki yg bebas nk masuk pintu syurga yg dia org suka hanyalah dikhaskan utk org yg mati syahid ketika berperang shj demi Allah..Susahnya jadi lelaki..

So berapa ramai kaum wanita yg suka bermegah2 dgn kecantikan masing2, padahal kecantikan itu adalah untuk suami sahaja..HARAM hukumnya bermekap berlebih lebihan..Kalau buat juga, samala hangpa sindir Allah..

So berapa ramai kapel2 kat luar sana keluar kuhulu kehilir, belum part peluk2 lagi..yg dh berzina tkyh ckp ah..berlambak.. keluar berdua2 yg masih tiada ikatan?Ingatlah dosa, ingatlah azab Allah dan ingatlah kita semua masih ada akhirat..

Ingatlah, mana2 kapel yg keluar atau berjumpa tanpa sebarang ikatan yg sah, hangpaa adalah calon anak yg menyumbat atau menarik tangan ayah hangpa kedalam neraka Allah kelak..jika sayangkan keluarga, ikutlah apa yg islam gariskan..si ayah yg tidak melarang anak gadisnya keluar berjumpa dgn org lelaki yg bukan muhrimnya, maka si ayah tersebut adalah digelar lelaki dayus..nauzubillah..so jalan terbaik adalah KAHWIN....

Jgn marah aku, sbb semua ni adalah hukum yg diturunkan oleh Allah..terpulang kepada kita semua untuk menilainya kerana Allah telah menyediakan otak untuk berfikir..Allah telah menyediakan akal dan nafsu..Jika hangpa semua mcm was2, takpe, rajin2 lah google kat internet bab2 hukum agama ya..

Kesimpulannya: Wanita dizaman Jahiliyah tidak mempunyai nilai langsung dimata masyarakat..mereka dihina, dijadikan hamba malah dibunuh semasa kecil hinggalah kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa sinar dan harapan baru kpd kaum wanita drp duduk didalam kegelapan kepada terang..Nabi Muhammad SAW juga menaikkan blk martabat dan maruah diri kaum wanita sehingga dihormati..Sungguh besar jasa dan pengorbanan baginda SAW..Tapi masih ada sebilangan hangpa semua mengejek dan memperolokkan Nabi Muhammad SAW..Cuba bayangkan sekiranya Nabi Muhammad SAW tiada, apa akan jadi dgn nasib kaum wanita sampai la ni??jadi kasihla dan  cintalah kpd Nabi kita Muhammad SAW..

P/S: ENTRI KAUM ADAM GUA AKAN BUAT PADA NEXT ENTRI..

19 comments:

FaizalSulaiman said...

terima kasih bro.entry yg cukup baik untuk dikongsi.pasni buat yg kaum adam plak.nak tau juga, wat tambah ilmu:)

She is f.A.z.A said...

lps bc entry nie..
memberi pesanan pada diri saya juge =)

thank u.

Mama JnJ said...

terima kasih kongsi

Pencacai Alim said...

Faizal: insyallah entri org laki akn menyusul

She Is Faza: Alhamdulillah..

Mama JNJ: Ilmu wajid dishare dgn org lain

alif said...

baik ustaz...entri bguana sgguh

teruskan lu boleh bro

Pencacai Alim said...

alif: gua bukan ustaz bro..baik gua bgtau drpada diam sbb esok akan dipertanggungjawab kat akhirat..

Parkcheek Chun Li said...

doa dpt isteri solehah

E.d.Y said...

cepat..untuk kaum adam lak..

Pencacai Alim said...

siapa nk dakwah utk wanita yg bukan solehah..org mcm tu kita kena dekat dan tarik supaya berminat dgn hukum Allah..mereka ini sebenarnya baik cume mgkin kurang mndapat pendedahan..

Pencacai Alim said...

kaum adam lmbat skit..mggu dpn mgkin..

Isma said...

fuhh berpeluh diri den baco..huhu.bagus2 sbg peringatan!

NuSaNa NoSa 91 said...

just one word..
m.u.h.a.s.a.b.a.h.
^_^

Pencacai Alim said...

isma: sampai berpeluh? hakhak

nusana nosa : yup..muhasabah diri..

MuNie said...

pergh pedas bro~ precise giler! terbaeek~~ btw, thanks.
*apsal ko tulis entry agama dgn bhsa yg kasau cmni ea? pelik gak aku*

Pencacai Alim said...

Rasulullah SAW dulu berdakwah ada berlembut dan ada masa kasar..cube tgk camne kelakuan Saidina Umar Alkhattab sorang khalifah yg cukup tegas dan garang ketika menyampaikan dakwah islam, lebih2 lagi bab2 hukum hakam.. tapi berbeza dgn Saidina Ali Ra khalifah yg cukup lembut..sbb itu indahnya islam ini..wallahualam..

SyafiqDe'Albuquerque said...

hua3 lu memang bestest aa bro..jadi cekgu gua boley ??hahaha....

sorensen said...

alhamdulillah.. ingat mengingati sesama Islam tanggungjawab semua. pada yg terlupa tu, kte ingatkanlah.. hehe

intan shafiqah said...

entri2 sbgini yg seharusnya kita letakkan dlm blOg=)...terbaek wOk!...

d smping berblOgging, ape salah nya kite saling mengingati bukan?...drpd kite cite bnda2 yg merepek yg tiada pengajarannya n tiada terkesan d hati?...

thumbs up utk entri ini! =)

Nur Fannun said...

bro yg no 3 tu bkn menjaga faraj ke? ertinya isteri tak berzina & tak curang..tp yg no 4 ni pling susah.. taat pd suami..mjoriti isteri suka melawan..

Ahli Kabinet