06 September 2010

Murtad dan Fasiq ketika membaca surah AL Fatihah

Salam satu Malaysia..jap silap..Assalamualaikum wbt..Entri kali ni aku takmo nk merapu-rapu cam sebelum ni..aku mahu serius sikit sebab kalau aku tak bagitau akan perkara ni, aku akan berasa bersalah pada Allah sampai bila-bila..Mana yang dah tahu, aku ucap syukur bagi Allah dan adalah wajib untuk korang sampaikan. Mana yang belum tahu atau terlupa, mai aku refresh balik memori korang balik..

Firman Allah SWT dalam surah albaqarah ayat 42

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. 

Pernah dengar seseorang boleh jatuh Murtad dan Fasiq ketika membaca Surah Al-Fatihah especially ketika solat? Cuba faham dan hafal maksud surah Al fatihah dibawah ini.


 ok..cuba lihat makna surah ini pada ayat yang ke 5..Jika ditafsirkan maksudnya ialah "kepada Engkau (Allah) aku sembah dan kepada Engkau (Allah) aku memohon pertolongan".. ok camne nak explain ek..ok pelan-pelan kayuh...


Maksud yang aku tulis kat atas itu jika korang baca kedua-dua "ya" tersebut bersabdu..jadi maknanya tidak lari iaitu "kepada Engkau (Allah) aku sembah dan kepada Engkau (Allah) aku memohon pertolongan"
 TETAPI
Jika korang baca "ya" tanpa sabdu maknanya totally lari iaitu: Kepada Matahari aku sembah dan kepada matahari aku memohon pertolongan..perkara ini selalu berlaku ketika seseorang membacanya dengan cepat tanpa melihat akan tajwidnya..


Ok..sesiapa yang sudah tahu akan hal ini tetapi tetap juga melakukannya maka korang boleh murtad serta merta tetapi sesiapa yang belum tahu akan perkara ini maka itulah dikatakan fasiq iaitu org yang sombong dan derhaka kepada Allah..Kalau tak percaya, aku tak kesah bolehlah bawa perkara ini kepada Ustaz-ustaz, alim ulama atau ulama muktabar sekalipun..Aku yakin mereka semua akan mengesahkan hal ini...


Oleh sebab itu pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan seseorang..Ilmu sains, matematik, geografi dan sebagainya adalah tuntutan fardhu kifayah tetapi Ilmu akhirat adalah tuntutan Fardhu Ain yakni hukumnya wajib keatas lelaki dan perempuan mukhallaf dan mumayyiz (Cukup umur dan berakal).


Jika anda bukanlah dikalangan alim ulama tetapi enggan menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid atau surau berhampiran tanpa sebab tertentu maka anda adalah golongan fasiq.Ada pendapat mengatakan jika lelaki itu fasiq, maka mereka ini tidak boleh menjadi saksi atau wali nikah dan hal2 yang berkaitan..Lihatlah bertapa pentingya ilmu kepada kita..aku rasa cukuplah sampai disini sahaja..tak berani nak hurai panjang..


Nabi Muhammad SAW telah lama meninggalkan kita 1400 tahun dulu dan baginda meninggalkan al-quran dan Assunnah untuk menjadi pegangan umatnya supaya tidak tersesat..Allah hadirkan para alim ulama untuk kita belajar dgn mereka..itu sajalah peluang yang ada sebelum Allah memerintahkan Malaikat Izrail mengambil nyawa.


Aku harap kepada pembaca-pembaca blog aku ni supaya ambillah pengajaran kerana ini adalah saham kita di akhirat kelak..

Sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah ajaran aku walaupon dengan sepotong ayat..



P/S: Allah tidak melihat rupa paras dan harta seseorang itu, tetapi Allah melihat akan amalan kamu bagi menentukan arah kamu syurga ataupon neraka..Wallahualam..

32 comments:

ejum said...

terima kasih kerana berkongsi maklumat ini .. :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

.........

ainz said...

Semoga menjadi renungan bersame..thanx neway..

bintul-el-bakr said...

salam 'alayk

nice post to be shared
tidak rmi yang tahu ttg ummul kitab ni sdgkan ia penentu solat kite ^^
barakallahu 3layk

Uruchimaru @ kf said...

emm bagus tuan hambe..hambe akan kongsikan sst dri ayat 5 surah al fatihah ini dikemudian hari insya Allah!

Ummu~Ishak said...

ilmu yg bermanfaat :)

K2r~90 said...

=]

Fello Ariza said...

InsyaAllah..bersame2 mengingati antara satu same laen :)

intaneqashut said...

nk like je boleh?..=)..

ye, terletak pada sabdu itu...hilang sabdu tu, bunyi dan maksudnya menjadi lain.

hamzah ian said...

nice

Pencacai Alim said...

oelh itu marilah kita sama2 menuntut ilmu..

Mah@mahu said...

Nauzubillah selisih minta dijauhkan dari apa yg salah... tu lah Allah dah ckp kan ada dosa kepada yg baca ayat AlQuran salah ni..

She is f.A.z.A said...

pernah terbaca juge and thanx sbb mengingatkan.. mari menuntut ilmu lagi dan lagi kan ..=)

syaf said...

good n trimas...gua pernah dengar pasal nih, mende nih penting...seyes,,,good job bebeh

E.d.Y said...

good info..

tajwid ni bukan senang nak ajar..lg yang dah tua2...lidah dah keras..susah nak tukar

Pencacai Alim said...

yeah..aku sokong dgn pendapat korang semua..

mizz sue said...

thanks bg info ni

ajim said...

ilmu2..tq bro.

FyZa said...

tengq utk maklumat yg b'guna nie..;)

Pencacai Alim said...

sama-sama..hikhik

♥ Funna ♥ said...

huhu tq ye incik pencacai..information yg sgt berguna..renung2kan selamat beramal..

dunspeak♥ said...

terima kasih..info ni sangat berguna.. :D

syahira ariff said...

nice!
dulu kat ceramah pun pernah dgr
org arab kan perkataan dia kalau salah sikit boleh lari maksud
so,mmg bahaya
thanx pencacai
kau mmg alim
haha

Pencacai Alim said...

yup..bahasa arab ni lain skit..dia ada balagrah..didlmnya ada istiarah, ba'ayan, ma'ani, badik'..

F.I.C.K.R.Y said...

Astaghfirullah...
Menangis tyme aku baca entry hang nie.. Pasai aku risau tyme kecik2 dulu terbaca camnie..
Serius aku cakap entry hang nie memang bagus dan sebagai peringatan kepada umat Islam~
May Allah bless U for this info!

Pencacai Alim said...

sama2la kita sampaikan..

Isma said...

ha tu la.kalo baca salah al-fatihah ni solat kite pun da batal sbnarnye

taqie said...

betul..kdg2 klau bc tajwid slh boleh bwk mcm2 mksud lain..huhu.. thx for sharing this..bgus :)

HairiAks said...

Wah.. God info...
Insaf sekejap sape yang bace entry ni..
Apa2 pon aku nak wish Happy Ari Raya..
MAaf Zahir & Batin./...

Pencacai Alim said...

yah...slmat hari raya semua

LiFe KaMi said...

Info yg bagus ,senoga kita saling ingat mengingati..

Hans asaktor said...

terima kasih sahabat.(^^)

Ahli Kabinet