05 December 2010

Kasihlah ibubapa kita sebelum terlambat

Dirumah usang itu seorang ibu tua masih hidup sendiri.Merenung akan hari-hari berlalu mengikut putaran alam.Ibu tua itu akhirnya tersedar dari mimpi yang panjang.Menyedari akan hidup yang masih berkelana di bumi langitnya terbuka luas lantas menatap satu persatu gambar anak-anak yang dahulunya pernah dikandung 9 bulan 10 hari akhirnya membiarkan dirinya terabai seperti pengemis hina.Ibu tua itu duduk termenung di jendela usang yang hanya menanti masa sujud di bumi dan masih menyimpan sedikit harapan agar anak-anaknya kembali walhal itu hanyalah angan-angan yang mustahil di zahirkan.

*****************************
Wahai anak-anakku
Selama 9 bulan ibu mu ini mengandungkan mu,menghalalkan setiap titisan air susu yang ada mengalir di dalam jasadmu, membesarkanmu bagai menatang minyak yang penuh dan akhirnya dibalas dgn duri yang menikam ulu hati. Apa dosa ibu kepadamu wahai anakku?

Wahai anak-anakku
Tidakkah kamu sedar bahawa kunci syurgamu itu terletak dibawah kaki tua ini? Tidakkah kamu sedar bahawa redha ibubapa adalah redha Allah?

Wahai anak-anakku
Tangan kotor inilah yang menyuap setiap makanan sejak kamu lahir.Tangan buruk ini jugalah yang membasuh, menyuci najis kamu dan tangan yang kamu anggap jijik inilah  yang memberi pendidikan sejak kamu dialam bayi.

Apa dosa ibu sehinggakan madu yang diberi dibalas dengan racun? Bukan emas, permata dan wang yang diperlukan, tetapi hanya perhatian dari kamu wahai anak.....


Wahai sahabat-sahabat sekalian..kita tidak tahu adakah kita ini tergolong sbg anak derhaka..kita tidak pernah meninggikan suara atau jauh sekali menengking dan memukul mereka tetapi ingatlah kadang-kadang kita alpha bahawasanya perbuatan kecil yg tidak kita sedari juga bisa mendorong kearah menjadi golongan anak derhaka sekiranya ianya mendatangkan kesusahan kpd ibubapa kita.Ibubapa tidak menzahirkan perasaan dukacita mereka kerana naluri mereka cukup tipis utk dirobek dan dilukai.Layanlah mereka seperti makhluk yang mempunyai perasaan kerana mereka itu adalah manusia yang bergelar IBUBAPA.

Ingatlah bahawasanya 3 golongan yang tidak akan cium bau syurga
1. Suami yang Dayus
2. Pembawa dan peminum Arak
3. Anak Derhaka kepada ibubapa..

49 comments:

Menusuk Hati said...

saya syg mak saya...hdh y plg best dpd mak bila dia ckp,mak doakn awk mg bhg dunia dan akhrt..hua...

IMANSHAH said...

salam

Kasihan ibuku dikampung..ayah sudah lama pergi. hanya telefon sebagai pengganti diri..

love is forever said...

menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tarak guna punya

Admin said...

i love my mom..
i love my dad..

n

i love myself..

^^,

jeBateja said...

Kawe pernah tgk video ni....sedih oooo

Cik Kira said...

sedih arr..aku syg mak bapak aku..wuuwuwuuu ;'(

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

A greavy train to get peace, serenity either in the world or next life is, love to the parents and bring our soul to God, respect them as u respect urself! Don't we ever leave ur parents in the lurch even if we have achieved the goals!!!

ILA HonEyBuNNy said...

sedihnya..sygilah ibu bapa n hargai selagi mereka masih ada...

Faizal Sulaiman said...

sesungguhnya janganlah jadi anak-anak yg lupakan ibu bapa.

jangan menyesal bila dorang dah takde nanti..

Fuz said...

tiba-tiba teringat lagu sudirman. sayu pulak.

Mario said...

setuju...thanks untuk peringatan...

Aku adalah aku said...

Ibu bapa tiada galang gantinya....

Affieza said...

Entry yg sgt member kesedaran kita ank2 yg semakin lupa akn pengorbanan ibu bapa mereka...so kasihilah ibu bapa kita...

Fello Ariza said...

Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu..

:)

Pencacai Alim said...

ya betul:)

Cik SHiNJU said...

Bayi yang lahir ke dunia tdk dibekalkan dgn buku panduan utk hidup..Itulah rahmatnya dikurniakan ibu dan ayah..Merekalah buku panduan kita.. :)

sahromnasrudin said...

as salam ziarah...terima kasih atas perkongsian ini..entri yang menarik untuk difikirkan...

HaDi said...

Ibu...

Tempat jatuhnya berkat seorang anak...~

Anonymous said...

kite akan melalui hari tua itu...

Pencacai Alim said...

betul tu.dr mengeluh sbb leteran ibu ayah, fikirkan mereka yang tiada ibubapa.

Cik Su Life Cycle said...

huhu..kadang2 anak ni tak sedar yang ibu bapa sayang kan mereka..

Anonymous said...

Mak ade satu je dalam dunia.

mr.syazwan said...

kasih ibu bawa kesyurga
kasih bapa bawa ke mati

Pencacai Alim said...

kasihla mereka dgn sepenuhnye

Nas said...

terkedu membace entri ko..penuh bermakna..sayang kat famili kita! hu3

NuSaNa NoSa 91 said...

fuhhh~ post ini m'buatkn keen nk balik rumah!! waaaaaaa~ T_________T

Cikbelog said...

owhh..saya sayangkan ibu bapa saya dunia akhirat >_<

mie said...

video tu mmg menyayat hati..

Unknown said...

mase pertemuan ibu bapa dengan PIBG skolah pon apik da sebak dah..tu waktu muda2 dulu laa..huhu

Pencacai Alim said...

mohon maafla kpd ibubapa kita sbb kita tak tahu brapa byk salah laku kita selama ini

lalink7 said...

nauzubillah..mintak2 jauh dari 3 perkara di atas..manusia kenkadang tak sedar ape yg dibuat sebenarnya melukai hati ibu bapa..

Unknown said...

hargailah mereka selgi meraka ada

Unknown said...

tetiba rase nak gi peluk mak...
rase nak nagis kuat2..rindu arwah abah.;(

Gayahspears said...

mak...........
balik umah nk peluk mak aku :(

wahida said...

huwaa..sedih..sob sob..terus teringat kat mak kat kampung...

Pencacai Alim said...

:)

Ieqa Swetluv said...

tanpa ibu bapa siapalah kita

Anonymous said...

sebenarnya kalau kita sebut 'ah' kat mak kita pon berdosa besar ini kan pulak nak menengking meninggi suara...

Pencacai Alim said...

ya betul tu

kerangRebus said...

haih..memang..kite sllu lengah2kan nk beringat2 kat ibu ayah kite..bile da terlambat nnt..barula nk nyesal..manusia...manuisa...hum...

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Salam Maal Hijrah" 1432H/2010M.
MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia. Itulah yang selalu kita dengar dan ungkap. Kita yang masih ada ibu dan bapa mungkin tidak pernah merasa kehilangan, namun bagi mereka yang kehilangan kedua-duanya pasti pilu dan hiba mengenangkan saat manis dan indah bersama mereka. Kita sebagai manusia kadangkala leka mengejar impian dan cita-cita sehingga terlupa jasa kedua orang tua.

Sayangilah ibu dan ayah anda selagi mereka masih ada. Baliklah selalu untuk menjenguk dan berjumpa mereka. Jangan sampai mereka sudah tiada baru keinginan itu timbul. Waktu itu semuanya sudah terlambat. hendak menyesal pun tiada gunanya."

hysman said...

masa dorg ade kita abai tp bila dah takde baru menangis tak benti2 kat kubur..
sama2 muhasabh diri..
tq der...

kiwi said...

saya syg mak ngn ayh saya

Pencacai Alim said...

manusia tk tahu hargai apa yg ada dan slalu meratapi apa yg dh tiada

Semarak Api said...

sll berair mata bl bckp psl mak ayah :( smg dorg sntiase dpnjgkn umur.insyaAllah~

HAN said...

video ni aku slalu tgk dlm prog motivasi wehh..menci doo..nanti msti tacing..demmm ah.grr

CIK TOM said...

cik tom sayang mak ayah cik tom...hrp boleh balas segala jasa diorg walaupun sedikit..amin..

akubiomed said...

Bila ada baby kecil dan melihat isteri saya betapa tabah melayan si kecil yang tak berdaya dengan ragammya setiap hari. Kekurang tidur dengan menyapu minyak kepada perut si anak yang kembung. Agak si bapa boleh harunginya kalau diberi 1 jam. Sebab itulah berbaktilah kepada orang tua dan berdoa kesejahteraan orang tua selepas solat. Anak yang solleh adalah yang selalu mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya

Mummy LiYzA ^^, said...

nauzubillah~
ya Allah..jauhilah hambamu ini dr 3 golongan tersebut..
amin..

Ahli Kabinet