03 April 2011

Alfatihah utk ayahanda tercinta Allahyarham Hj Hashim Salleh

Salam


Tanggal 30hb Mac 2011 adalah satu tarikh yg amat berdukacita untuk aku dan keluarga kerana kehilangan ayahanda tercinta. Arwah abah pergi meninggalkan kami kerana menderita pelbagai penyakit kronik dan akhirnya berkat kesabaran dan ketabahan arwah abah, Allah SWT telah menghadiahkan beberapa kelebihan kepada arwah abah sebelum dan selepas meninggal.Arwah abah meninggal kerana menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik (CKD), Penglibatan jangkitan multi organ (Sepsis with multiorgan involvement), Kencing manis jenis 2 peringkat 5 (Stage V Diabetes mellitus II), Darah Tinggi (Hypertention) dan toksik (urea) di dalam darah mencapai tahap kiraan lebih drp 1000 yang mengakibatkan semua sistem saraf di dalam tubuh badan arwah terganggu dan rosak.

Beberapa bulan sebelum meninggal, arwah abah sempat berpesan kepada emak seandainya meninggal di hospital, arwah abah meminta supaya dikafan dan dimandikan terus  walhal pada waktu tersebut arwah abah masih lagi berada di rumah.Arwah abah juga sempat berpesan kepada emak supaya menatap wajahnya sepuas-puasnya kerana tidak lama lagi akan pergi menemuai Allah.Emak juga melihat perubahan kepada kulit arwah abah  bertukar menjadi keputihan yg cantik, lembut dan bersih walhal usia arwah abah aku waktu itu telah menjangkau 64 tahun, 3 hari sebelum meninggal.

3 hari sebelum arwah abah meninggal, emak aku ada bercerita bahawa arwah abah pernah mencuba membaca surah yasin yang dihafalnya sejak sekian lama. Arwah abah cakap sekiranya dia lupa surah tersebut bermakna ajal dia sudah hampir kerana antara tanda2 ajal semakin dekat, ayat alquran yg dihafal akan beransur hilang dlm ingatan (ini bagi  org yang selalu membacanya sahaja). Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi memberi ingatan kepada arwah abah untuk mengingatinya..Arwah abah juga byk mendiamkan diri.

Pada jam 11.50 am arwah abah telah pergi meninggalkan kami sekluarga.Kelihatan ada kelopak air mata bergelinangan serta sedikit keringat di atas ubun2 arwah. Pada jam 1.00 pm, arwah abah dibawa masuk ke dalam bilik mayat untuk dimandikan.Aku dan abang adalah org yang turut serta memandikan arwah abah selain daripada bantuan seorang imam dan pekerja hospital.Imam yang memandikan arwah abah memberitahu bahawa jenazah ini dalam keadaan baik dan lembut serta seisi badan arwah masih terasa hangat. Alhamdulillah urusan memandikan jenazah juga mudah dan cepat..Tiada satu najis pon keluar ketika proses pencucian memudahkan lagi urusan jenazah.

Proses memandi, kafan dan solat jenazah dihospital selesai dlm tempoh kurang drp 30 minit. Aku bersama seorang pihak hospital membawa arwah abah ke rumah utk disembahyangkan utk kali kedua dan seterusnya kebumi.

Setibanya dirumah, jenazah arwah abah diletakkan di tepi sudut ruang tamu untuk menunggu solat jenazah.Mengikut perancangan awal, jenazah arwah abah mahu dikebumikan selepas solat asar kerana kami dimaklumkan bahawa kerja-kerja penggalian kubur masih belum selesai dan mungkin mengambil masa 2 jam utk siap tetapi kuasa Allah proses tersebut siap kurang drp 1 jam. Atas permintaan emak dan ahli keluarga yang lain, supaya arwah abah segera di sembahyangkan dan tidak perlu menunggu selepas asar.
Selesai solat jenazah, jenazah arwah ayah dibawa ke kubur pada jam 4.00 pm. Aku, adik dan abg berada di dalam liang lahad untuk menyambut jenazah arwah abah .Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar dan selesai jam 4.30-4.45 pm.
Masa hidup, arwah abah selalu solat jemaah di surau dan masjid.Arwah abah juga selalu mengisi masa lapangya dengan membaca al quran dan byk surah di dalam alquran dihafalnya walaupon tidak sampai 30 juzuk. Masa hidup arwah abah cukup kasih dgn budak-budak kecil walaupon dalam masa yg sama seorang yg agak tegas .

Buat abah tercinta, kami sekeluarga sayang sgt abah dan sentiasa mendoakan abah sejahtera di alam sana dan semua pengorbanan abah untuk kami selama ini akan kami balas dgn doa untuk abah supaya tenang di alam sana.Itu janji kami abah sebagai anak yg dulu degil, nakal dan akhirnya berkat kesabaran dan ketabahan abah dan ibu berjaya mendidik kami semua berjaya sampai hari ini.. Terima kasih Abah..Akhirnya abah menemui Allah dlm keadaan yg cukup baik, meninggal dlm keadaan tenang seperti sedang tidur nyenyak dan dihujung hidup abah Allah memberi ujian yang plg besar kepada abah dan abah hadapinya dgn penuh redha dan sabar.Akhirnya Allah menghadiahkan abah dengan kelebihan itu dan kelebihan itu biarlah menjadi rahsia antara kami adik beradik..Allah syg abah sebab itu diberi ujian yg berat.Abah juga akhirnya mendapat ganjaran mati syahid akhirat.


Alfatihah utk abah tercinta Allahyarham Hj Hashim Salleh

42 comments:

mr.syazwan said...

sebak..

apa2 pun salam takziah buat keluarga anda

al fatihah~

cactus biru said...

Salam takziah dr aku dan suami..maaf tak sempat nk menziarah semalam..insyaAllah jika ada kelapangan nanti,aku akan ziarah fmly ko kat temerloh..semoga tenang menghadapi dugaan Allah dan keredhaan itu adalah pahala buatmu sekeluarga..at least ko xde ayah mase umur ko 28 thn,tp aku dh xde ayah sejak umur 9thn..renung2kan..:)

Faizal Sulaiman said...

takziah aku ucapkan buat seluruh ahli keluarga kamu.tabahkan hati.Moga dia tenang di sana.

AlFatihah

Ren said...

Salam

Takziah dari aku sekeluarga. Semoga terus tabah.

cik fiza said...

salam takziah untuk kamu dan keluarga.. semoga tenang di sana..

Al-Fatihah

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Oasis said...

Takziah dari kami semua. Tuhan lebih menyayangi arwah. Semoga dia tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana nanti.

Mario said...

salam takziah ...

al-fatihah~

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

Al-Fatihah
takziah untuk kamu PA dari kami sekeluarga

Mah@mahu said...

Al Fatihah untuk arwah moga di cucuri rahmat dan berada dalam golong org2 yg di redhai Allah..

-=nAd=- said...

salam takziah utk ko sekeluarga.. semoga rohnya aman di sana..
Al-Fatihah..

Ummu~Ishak said...

saya pun lalui apa yg awak lalui hari ni.

semoga allahyarham dihimpun dikalangan para solihin.

takziah untuk awak sekeluarga.

semoga tabah!

MK yorke said...

al-fatihah.
takziah .
ingatkan daku akan kematian itu pasti :|

Unknown said...

Alfatihah...

takziah yer bro...:(

Dyat said...

salam takziah buat keluarga saudara.
moga rohnya ditempatkan dengan orang yang soleh.

humble.yat said...

innalillah..takziah..semoga kamu sekeluarga lebih tabah dan kuat...

lemoc b0NgoK said...

assalamualaikum..
takziah.
semoga tabah menghadapi dugaan nh

Unknown said...

Bro... aku nak copy paste entry ko dalam blog aku, boleh?

Azlin Azman said...

al fatihah

IntanBerlian said...

sebak baca entri ini. salam takziah wahai saudara.. moga sekeluarga tabah. moga ARWAH tenang di sana. amin. Al-Fatihah.

tieha ismail said...

takziah tuk ko dan ahli keluarga...sebak aku bc citer ko ni...sabar tau...moga dye ditempatkan di kalangan org beriman.

Unknown said...

SALAM,
ALFATIHAH UTK ARUAH AYAHANDA. DIDOAKAN ROHNYA DILETAKKAN DI KALANGAN ORANG2 BERIMAN, AMIN !

NM02 said...

sebak dan sayu...

pemergiannya sangat mulia disisi Allah swt. al fatihah

Cipina said...

al - fatihah..
takziah buat kamu sekeluarga..

IMANSHAH said...

Salam

Pengalaman yang sama aku hadapi dua tahun sudah..semoga Allah tempatkan arwah abahmu bersama golongan yang beriman

Oasis said...

Takziah saya ucapkan buat keluarga penulis. Sukar mahu menerima takdir. Semoga tabah hadapi semua. Semoga arwah tenang di sana.

Anonymous said...

Takziah aku ucapkan untuk kamu sekeluarga...

Semarak Api said...

tkziah bro! semua akn pulang kpd Penciptanya..smg roh arwah akn tenang kt sane..sll lah sedekahkn ayt2 alquran utk arwah..
take care!

K2r~90 said...

wey kenape aq dapat 2 berite sedey neh, semalam membe guwa nenek die sudah kembali ke rahmatullah.. =]

doakan moga2 dipermudahkan perjlnan mereka di 'sana'

cik bahulu oren said...

takziah buat saudara sekeluarga..
al-fatihah

~PENCHENTA~ said...

salam. takziah. kepadaNya jua kita akan dikembalikan. Al- fatihah.

jeBateja said...

takziah pren...semoga ayahanda ditempatkan dikalangan org2 beriman...

Jay said...

banyak mendiamkan diri.. sama dengan arwah abah aku jugak.. takziah weh.. al-fatihah~

Aku adalah aku said...

Takziah...

Al fatihah...

Affieza said...

Salam Takziah

Moga roh arwah ditemapatkan di klgn org2 yg beriman...AMIN

ILA HonEyBuNNy said...

salam...

al-fatihah.....

Cikbelog said...

salam takziah. semoga arwah tenang di sana. Al- Fatihah

hawiz said...

al fatihah untuk arwah...bersabar yer..moga2 arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

K2r~90 said...

da lame x update =(

^ Uncle Syaf ^ said...

al-fatihah..sebak gak bace...moga arwah ayahanda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman...amin

Anonymous said...

my twin paling disayangi..di saat tiba ajalnya nama afiqah aqilah disebut-sebut...dan my afiqah aqilah sangat manja dgnya...you'll always in my heart...alfatihah

Liyana Zahim said...

Al fatihah~

Ahli Kabinet